Pada minggu pertama tutorial, kami membuka laman blog kami sendiri.
APA ITU BLOG?
Mengikut eBlogger, blog ialah satu laman untuk seseorang menulis secara berterusan. Pelawat boleh membaca penulisan blogger. Blog boleh diumpamakan diari persendirian, pentas politik, berita hangat, luahan hati, memo untuk dunia, ruang knolaboratif. Semuanya ditentu oleh blogger, bagaimanakah corak blog yang dihendaki.
DAFTAR AHLI
https://www.blogger.com/start
Klik CREATE A BLOG. Terdapat 3 langkah mudah untuk memulakan blog. Pertama buka Google Account. Apa yang saya dapati dalam langkah pertama adalah, kekuatan kata laluan diukur berdasarkan kepanjangan kata laluan.
Kedua, namakan blog anda. Untuk alamat blog (URL) kita perlu memeriksaan kekosongan nama dengan klik Check Availability.
Ketiga, memilih acuan (template). Seterusnya “Your blog has been created”.
PENGUBAHSUAIAN
Kita boleh menukarkan susunan paparan blog kita dengan mengklik Layout | Page Elements. Kita boleh memasukkan pelbagai aksesori dengan Add a Gadget. Saya telah memasukkan beberapa aksesori seperti dalam BOX2.
Untuk menukar tulisan dan warna blog kita klik Layout | Fonts and Colors.
Untuk menukarkan acuan paparan klik Layout | Pick a New Template (3).
POST
Jika kita di Dashboard, Klik NEW POST untuk memasukkan karya baru. Manakala untuk mengedit karya kita bolehlah mengklik Edit Posts.



No comments:
Post a Comment